Kenanga Research menjangkakan sektor pembuatan terus berdepan tekanan bagi jangka pendek akibat gangguan rantaian global berterusan terutama daripada langkah kawalan pergerakan COVID-19 oleh China.
Firma itu berkata, konflik berterusan melibatkan Rusia-Ukraine juga memberi kesan kepada sektor pembuatan negara yang sekali gus membuatkan indeks pengurus pembelian (PMI) Malaysia menurun kepada 49.6 pada Mac berbanding 50.9 pada Februari 2022.